Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

View previous topic View next topic Go down

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Post  Admin on Sat May 03, 2008 1:37 pm

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa
ada seorang lelaki tua sedang berjalan-
jalan di tepi sungai, sedang dia
berjalan-jalan dia terpandang seorang
anak kecil sedang mengambil wudhu'
sambil menangis. Apabila orang tua itu
melihat anak kecil tadi menangis, dia
pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa
kamu menangis?" Maka berkata anak
kecil itu, "Wahai pakcik saya telah
membaca ayat al-Quran sehingga sampai
kepada ayat yang berbunyi, "Yaa
ayyuhal ladziina aamanuu quu
anfusakum" yang bermaksud, "Wahai
orang-orang yang beriman, jagalah
olehmu sekalian akan dirimu." Saya
menangis sebab saya takut akan
dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak,
janganlah kamu takut, sesungguhnya
kamu terpelihara dan kamu tidak akan
dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik,
pakcik adalah orang yang berakal,
tidakkah pakcik lihat kalau orang
menyalakan api maka yang pertama
sekali yang mereka akan letakkan ialah
ranting-ranting kayu yang kecil dahulu
kemudian baru mereka letakkan yang
besar. Jadi tentulah saya yang kecil
ini akan dibakar dahulu sebelum
dibakar orang dewasa." Berkata orang
tua itu, sambil menangis, "Sesungguh
anak kecil ini lebih takut kepada
neraka daripada orang yang dewasa maka
bagaimanakah keadaan kami nanti.[i]

Admin
Admin

Posts: 5
Join date: 2008-05-03
Age: 20

View user profile http://rifashop.aforumfree.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum